Live Tutorial dan Pendaftaran Portal eKelas

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang dengan kerjasama Maxis eKelas telah mengadakan Live Tutorial dan Pendaftaran Portal eKelas yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang pelajar tahun 6 dan 5 orang pelajar tingkatan 3.

Live Tutorial hari ini adalah untuk matapelajaran Matematik. Antara topik yang dipelajari adalah pecahan, sudut dan tangen. Selain itu, pelajar juga dibimbing cara mendaftar akaun Gmail dan portal eKelas. Para pelajar juga didedahkan dengan cara menggunakan portal eKelas.

Diharap dengan adanya kelas seperti ini dapat membantu pelajar menghadapi penilaian yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali